Info Solar Untuk Rumah

Jimat Bil Elektrik Dengan Cara Yang Selamat & Mudah

Halaman ini menerangkan asas sistem solar untuk kediaman di Malaysia secara ringkas dan mudah difahami — khas untuk orang awam yang ingin faham sebelum membuat sebarang keputusan.

👉 Fahami Solar Dalam 5 Minit


UNTUK SIAPA HALAMAN INI?

Halaman ini sesuai untuk anda yang:

  • Tinggal di rumah sendiri (termasuk rumah kampung).
  • Pesara atau hampir bersara.
  • Pernah dengar tentang solar tetapi masih ragu-ragu.
  • Risau tentang keselamatan, kos, atau ditipu.
  • Ingin jimat bil elektrik dalam jangka panjang.

sistem SOLAR untuk KEDIAMAN?

Sistem solar befungsi dengan menukarkan cahaya matahari kepada elektrik untuk kegunaan rumah.

Pada waktu siang, rumah akan menggunakan elektrik daripada solar terlebih dahulu.

Jika tidak mencukupi, sistem akan mengambil elektrik daripada TNB secara automatik.

  • Beroperasi secara automatik dan senyap.
  • Tidak mengganggu bekalan elektrik sedia ada.
  • Boleh beroperasi tanpa bateri.
  • Pilihan bersama bateri untuk penjimatan maksimum.

SOALAN YANG PALING KERAP DITANYA

Rumah lama boleh pasang solar ke?

Ya. Kebanyakan rumah lama di Malaysia sesuai dipasang solar selagi struktur bumbung berada dalam keadaan baik.

Solar ni bahaya ke bila hujan atau petir?

Tidak. Sistem solar dipasang dengan perlindungan keselamatan dan mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga

Perlu tukar wiring rumah?

Tidak. Sistem solar disambungkan ke papan DB sedia ada.

Kalau solar rosak macam mana?

Panel solar biasanya mempunyai jaminan sehingga 25 hingga 30 tahun. Inverter pula sekitar 5 hingga 10 tahun.


KENAPA RAMAI MASIH TAK YAKIN PASAL SOLAR?

Ramai orang masih ragu-ragu tentang solar kerana:

  • Terlalu banyak maklumat bercampur di media sosial.
  • Harga terlalu murah yang meragukan.
  • Janji jimat yang tidak realistik.
  • Kurang penerangan yang jelas daripada installer.

Sebab itu, langkah paling selamat ialah faham dahulu sebelum pasang.


BAGAIMANA SOLAR BOLEH JIMATKAN BIL?

Solar membantu mengurangkan bil elektrik dengan:

  • Mengurangkan penggunaan elektrik daripada TNB pada waktu siang.
  • Melindungi rumah daripada kenaikan tarif elektrik.
  • Menjadi pelaburan jangka panjang untuk rumah sendiri.

Setiap rumah berbeza. Penjimatan sebenar bergantung kepada penggunaan elektrik dan saiz sistem solar.


KENAPA PILIH MARGO SOLAR?

Margo Solar ialah penyedia sistem solar kediaman di Malaysia yang memberi fokus kepada pemasangan yang kemas, selamat dan telus.

  • Mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga.
  • Fokus kepada penerangan dan pendidikan pelanggan.
  • Tidak memaksa pemasangan jika tidak sesuai.
  • Mengutamakan penyelesaian jangka panjang.

Ramai yang bermula dengan soalan yang berbeza.
Ada yang cuma mahu faham, ada yang mahu kepastian, dan ada yang risau tersilap pilih.

Pilih penerangan yang paling dekat dengan keadaan anda:

[Panduan Asas Solar]

[Bil Elektrik & Penjimatan]

[Pilih Installer & Elak Risiko]


jika anda bersedia

Jika anda rasa solar mungkin sesuai untuk rumah anda, langkah seterusnya ialah mendapatkan anggaran berdasarkan keadaan rumah dan penggunaan elektrik anda.

Klik button di bawah untuk WhatsApp atau hubungi di
011-2192 3040

WhatsApp