Solar ATAP Masih Berbaloi Ke Bila Lebihan Dinilai Ikut Cas Tenaga / SMP Sahaja?

Selepas memahami bahawa lebihan solar di bawah ATAP dinilai berdasarkan cas tenaga (kediaman) atau SMP (komersil & industri), soalan yang paling kerap ditanya ialah:

“Jadi, solar masih berbaloi ke?”

Jawapannya bergantung kepada cara dan masa elektrik digunakan di rumah.

Jika sebahagian besar penggunaan elektrik berlaku pada waktu siang:

  • Solar digunakan terus
  • Import elektrik mahal dapat dikurangkan (tarif ToU)
  • Penjimatan masih ketara

Namun, jika hampir semua penggunaan berlaku pada waktu malam:

  • Lebihan solar dieksport pada nilai rendah
  • Elektrik malam dibeli pada harga runcit (tinggi)
  • Penjimatan jadi terhad

Inilah sebab mengapa dua rumah dengan sistem solar yang sama boleh mendapat hasil penjimatan yang sangat berbeza.

Di bawah Solar ATAP, faktor paling penting bukan lagi saiz sistem semata-mata, tetapi kadar self-consumption.

Dan di sinilah satu komponen mula menjadi semakin relevan: bateri.

Bagaimana bateri boleh mengubah cara solar ATAP menjimatkan bil elektrik?
Baca info seterusnya.

[Solar ATAP: Perlu ke Guna Bateri?]