Panduan Pemasangan Solar untuk Rumah di Malaysia (2026)

Pemasangan sistem solar untuk rumah semakin mendapat perhatian di Malaysia, terutamanya apabila bil elektrik terus meningkat setiap tahun. Namun, ramai pemilik rumah masih keliru tentang cara solar berfungsi, kos sebenar, dan sama ada rumah mereka sesuai atau tidak.

Panduan ini ditulis sebagai rujukan lengkap untuk pemilik rumah di Malaysia — tanpa istilah teknikal yang mengelirukan dan tanpa paksaan untuk membuat keputusan cepat.


Apa Itu Sistem Solar?

Sistem solar menggunakan panel solar untuk menukar cahaya matahari kepada elektrik. Elektrik ini akan digunakan terus oleh peralatan di rumah pada waktu siang.

Perkara penting yang perlu difahami:

  • Solar bukan bateri
  • Solar tidak menyimpan elektrik (untuk sistem biasa)
  • Solar mengurangkan kebergantungan kepada elektrik TNB, bukan menggantikannya sepenuhnya

Pada waktu malam, rumah masih menggunakan elektrik daripada TNB seperti biasa.


Jenis Sistem Solar Yang Digunakan Di Malaysia

Grid-Tied (Paling Biasa)

Ini adalah sistem paling biasa untuk rumah kediaman di Malaysia.

  • Tidak menggunakan bateri
  • Disambung terus ke grid TNB
  • Kos lebih rendah dan penyelenggaraan minimum

Hybrid

Sistem ini mempunyai bateri sebagai sokongan.

  • Lebih mahal
  • Digunakan jika pemilik rumah perlukan backup elektrik

Off-Grid

Jarang digunakan untuk rumah biasa.

  • Sesuai untuk kawasan tiada bekalan TNB
  • Kos tinggi dan penyelenggaraan lebih kompleks

Jenis Sistem Solar Yang Digunakan Di Malaysia

Grid-Tied (Paling Biasa)

Ini adalah sistem paling biasa untuk rumah kediaman di Malaysia.

  • Tidak menggunakan bateri
  • Disambung terus ke grid TNB
  • Kos lebih rendah dan penyelenggaraan minimum

Hybrid

Sistem ini mempunyai bateri sebagai sokongan.

  • Lebih mahal
  • Digunakan jika pemilik rumah perlukan backup elektrik

Off-Grid

Jarang digunakan untuk rumah biasa.

  • Sesuai untuk kawasan tiada bekalan TNB
  • Kos tinggi dan penyelenggaraan lebih kompleks

Rumah Apa Yang Sesuai Pasang Solar?

Kebanyakan rumah di Malaysia sesuai untuk solar, asalkan memenuhi beberapa kriteria asas.

Jenis rumah:

  • Rumah teres
  • Semi-D
  • Banglo
  • Rumah kampung

Bumbung zink bukan halangan, selagi struktur masih kukuh.

Faktor penting lain:

  • Arah bumbung
  • Kurang teduhan daripada pokok atau bangunan
  • Struktur bumbung selamat

Untuk situasi khusus seperti rumah kampung atau isu haiwan atas bumbung, anda boleh rujuk artikel penerangan ringkas kami.

[Rumah Kampung? OK ke Pasang Solar? Ini Yang Ramai Tak Tahu]

[Beruk, Monyet & Haiwan Atas Bumbung – Solar Selamat Ke?]


Bagaimana Solar Boleh Kurangkan Bil Elektrik?

Sistem solar menghasilkan elektrik pada waktu siang.

Antara peralatan elektrik yang digunakan ketika waktu siang:

  • Aircond siang hari
  • Peti sejuk
  • Mesin basuh
  • Peralatan elektrik yang sentiasa hidup

Jika solar menampung sebahagian penggunaan ini, bil TNB akan turun secara konsisten setiap bulan.

Namun, tidak semua orang melihat penjimatan yang sama. Biasanya ini berlaku kerana:

  • Saiz sistem tidak sesuai
  • Reka bentuk tidak ikut bil sebenar
  • Jangkaan tidak realistik

Jika bil elektrik anda tinggi atau penggunaan banyak waktu siang, artikel berkaitan bil elektrik boleh membantu anda faham dengan lebih jelas.

[Rumah Kecil Tapi Bil Elektrik Besar – Ini Puncanya]

[Kenapa Bil Elektrik Rumah Teres Boleh Cecah RM400–RM600?]


Berapa Anggaran Kos Pasang Solar Rumah?

Dua rumah dengan saiz hampir sama boleh menerima sebut harga yang sangat berbeza.

Untuk faham kenapa harga solar boleh berbeza RM10,000 hingga RM30,000, rujuk artikel perbandingan harga kami.

[Kenapa Harga Solar Rumah Boleh Beza RM10,000 Hingga RM30,000?]


Proses Pemasangan Solar (Langkah Demi Langkah)

1. Audit bil elektrik & tapak

Menentukan corak penggunaan dan kesesuaian bumbung.

2. Reka bentuk sistem

Sistem direka berdasarkan bil, bukan pakej rawak.

3. Pemasangan

Panel, inverter dan wiring dipasang mengikut piawaian keselamatan.

4. Ujian & sambungan

Sistem diuji sebelum disambungkan ke grid TNB.

Keseluruhan proses biasanya mengambil masa beberapa minggu.


Risiko & Kesilapan Yang Perlu Dielakkan

Kesilapan biasa termasuk:

  • Pilih sistem terlalu murah
  • Tidak tanya tentang sokongan jangka panjang
  • Tidak faham apa yang termasuk dalam harga

Solar adalah pelaburan jangka panjang. Kesilapan kecil di awal boleh memberi kesan bertahun-tahun.


Soalan Lazim (FAQ)

Solar rosak bila hujan?

Tidak. Sistem direka untuk cuaca Malaysia.

Perlu jaga setiap hari?

Tidak. Sistem beroperasi automatik.

Berapa lama sistem tahan?

Panel biasanya 20–25 tahun dengan penyelenggaraan minimum.


Apa Langkah Seterusnya?

Jika anda masih di peringkat memahami, luangkan masa membaca artikel lain dalam panduan ini.

Sekiranya anda inginkan pandangan berdasarkan bil elektrik dan keadaan rumah sendiri, anda boleh WhatsApp kami dengan klik button dibawah.

WhatsApp