Solar ATAP: Perlu ke Guna Bateri?

Di bawah Solar ATAP, lebihan elektrik solar masih boleh dieksport ke grid, namun nilainya dinilai berdasarkan cas tenaga (kediaman) atau SMP (komersil & industri) yang lebih rendah.

Masalah sebenar bukan solar tak cukup, tetapi waktu elektrik itu digunakan.

Kebanyakan rumah:

  • Jana lebihan solar pada waktu siang
  • Guna elektrik paling banyak pada waktu malam

Tanpa penyelesaian tambahan, lebihan siang dijual murah, dan elektrik malam dibeli pada harga normal. Bukan pada harga yang sama seperti pengguna NEM.

Apa Berlaku Bila Bateri Ditambah Ke Sistem ATAP?

Apabila bateri ditambah ke sistem solar ATAP:

  • Lebihan solar tidak terus dilepaskan ke grid
  • Elektrik tersebut disimpan dahulu dalam bateri
  • Digunakan semula pada waktu malam atau waktu puncak

Ini mengubah sepenuhnya cara sistem berfungsi.

Daripada:

Sistem solar grid-tie

Menjadi

Sistem Solar Hybird (solar + bateri + grid)

Apa Itu Sistem Solar Hybrid?

Sistem hybrid bermaksud rumah anda:

  • Menggunakan solar bila ada matahari
  • Menyimpan lebihan dalam bateri
  • Menggunakan grid TNB hanya bila perlu

Grid masih ada sebagai sandaran, tetapi peranannya menjadi minimum, bukan utama.

Ini BUKAN off-grid, dan BUKAN pula grid-tie biasa.

Kenapa Hybrid Lebih Masuk Akal Di Bawah ATAP?

Di bawah skim NEM dahulu, bateri hanyalah pilihan tambahan.
Namun di bawah Solar ATAP, bateri menjadi alat strategi penjimatan.

Dengan sistem hybrid:

  • Lebihan solar digunakan sendiri, bukan dijual murah
  • Import elektrik mahal pada waktu malam dapat dikurangkan
  • Kebergantungan kepada nilai SMP menjadi rendah

Secara praktikal:

Setiap unit tenaga solar yang disimpan = satu unit tenaga elektrik mahal yang tak perlu dibeli.

Bateri Bukan Sekadar Backup Blackout

Ramai masih menganggap bateri hanya untuk kegunaan ketika bekalan elektrik terputus.

Di bawah Solar ATAP, fungsi utama bateri ialah:

  • Tingkatkan self-consumption
  • Kurangkan import elektrik runcit
  • Stabilkan bil elektrik jangka panjang

Backup ketika blackout hanyalah bonus, bukan fungsi utama.

Adakah Semua Rumah Perlu Sistem Hybrid?

Tidak semua rumah perlu bateri.

Sistem hybrid paling sesuai untuk rumah yang:

  • Ada lebihan solar tinggi waktu siang
  • Guna banyak elektrik pada waktu malam
  • Ingin kawal bil elektrik jangka panjang

Jika penggunaan siang sudah tinggi, bateri mungkin memberi pulangan yang lebih perlahan.

Sebab itu, sistem solar + bateri tak boleh dijual sebagai pakej siap, tetapi perlu direka berdasarkan penggunaan sebenar rumah.

Kesimpulan Ringkas

Di bawah Solar ATAP:
Solar sahaja = jimat sebahagian
Solar + bateri = jimat secara strategik

Dengan bateri, sistem ATAP bukan lagi sekadar grid-tie, tetapi sistem hybrid yang memaksimumkan penggunaan tenaga sendiri.

Sistem hybrid hanya berkesan jika direka ikut corak penggunaan sebenar rumah, bukan ikut trend.
Klik untuk berbincang dengan kami konfigurasi yang sesuai untuk rumah anda.

WhatsApp