Pembatalan & Pemulangan Wang

1. Pembatalan Sebelum Penghantaran / Sebelum Kerja Bermula

Jika anda membatalkan pesanan sebelum barang dihantar atau sebelum kerja pemasangan bermula, tiada caj tambahan akan dikenakan.

Permintaan rasmi pembatalan perlu dihantar melalui e-mel ke: admin@margosolar.com.my

  • Setelah permintaan pembatalan diterima dan disahkan, refund penuh akan diproses.
  • Jika barang atau peralatan telah dipesan daripada pembekal, deposit mungkin tidak dipulangkan sepenuhnya kerana kos telah terlibat.

2. Polisi Pemulangan Barangan (Return Policy)

Setelah barang diterima oleh pelanggan, polisi berikut terpakai:

2.1 Barangan Tidak Layak Dipulangkan

Semua barangan yang dijual adalah tidak boleh dipulangkan, kecuali dalam situasi berikut:

  1. Penghantaran gagal (failed delivery)
  2. Penghantaran salah barang (wrong delivery)
  3. Barang rosak semasa penghantaran

Untuk situasi di atas, barangan boleh dipulangkan untuk penggantian atau refund.


2.2 Pembelian Layak untuk Pemulangan

Hanya barangan yang dibeli terus dari Margo Solar / Margotex Resources melalui laman web atau platform rasmi layak untuk pemulangan.

Pembelian melalui pihak ketiga perlu merujuk polisi mereka.


2.3 Situasi Layak untuk Pemulangan
A. Salah / Tidak Tepat
  • Barang bukan barang yang dipesan
  • Saiz/model/warna berbeza daripada pesanan
  • Aksesori atau item dalam kotak tidak lengkap
B. Rosak
  • Barang rosak semasa diterima
  • Barang telah diubah suai, kemek, atau mengalami kerosakan fizikal akibat penghantaran

Nota:
Kos penghantaran untuk pemulangan barangan ditanggung oleh pelanggan kecuali jika kerosakan berlaku akibat pihak kami atau courier.


3. Syarat Pemulangan Barangan

Barangan yang dipulangkan mesti memenuhi syarat berikut:

  1. Barangan dihantar semula kepada kami dalam tempoh 7 hari bekerja selepas diterima.
  2. Pelanggan mesti menyediakan bukti pembelian (nombor invois / resit).
  3. Barangan mestilah dalam keadaan baharu, tidak digunakan, dan dalam pembungkusan asal termasuk hadiah percuma (jika ada).
  4. Pembungkusan tidak boleh dicacatkan, ditanda atau rosak.
  5. Barang mesti dipulangkan menggunakan kotak asal atau pembungkusan yang sesuai untuk mengelakkan kerosakan semasa penghantaran balik.

Tidak diterima:

  • Penukaran fikiran (“change of mind”)
  • Pembatalan selepas pembayaran disahkan, kecuali sebab yang sah seperti salah barang atau rosak

Margo Solar berhak menolak sebarang permohonan pemulangan/refund yang tidak memenuhi syarat.


4. Polisi Pembatalan Perkhidmatan (Untuk Projek Solar / Pemasangan)

Pembatalan untuk kerja pemasangan atau projek solar tertakluk kepada syarat berikut:

  • Deposit tidak dipulangkan jika kerja persediaan, site survey, atau tempahan peralatan telah dibuat.
  • Jika tiada kos yang dikeluarkan, refund penuh boleh dipertimbangkan.
  • Jika kerja telah bermula (contoh: wiring, mounting, konfigurasi), refund adalah partial, berdasarkan nilai kerja yang belum diselesaikan.

5. Proses Refund

Refund penuh atau sebahagian akan diproses selepas barangan diterima dan diperiksa di pusat pemulangan kami.

Kaedah refund adalah seperti berikut:

A. Online Bank Transfer (FPX)

Refund akan dikreditkan kembali ke akaun bank pelanggan dalam masa 3–5 hari bekerja.

B. Pembayaran Kad Kredit

Refund akan dihantar ke bank pengeluar kad. Tempoh pemulangan bergantung kepada bank masing-masing.

Jika perlu, sila hubungi bank pengeluar kad untuk maklumat lanjut tentang tempoh pemprosesan refund.


6. Hubungi Kami

Untuk pembatalan pesanan, tuntutan pemulangan atau pertanyaan lanjut:

admin@margosolar.com.my
011-2192 3040
https://margosolar.com.my