1. Alamat Penghantaran / Penghantaran Dokumen atau Peralatan
Untuk produk fizikal (jika ada), penghantaran hanya akan dibuat ke alamat yang diberikan semasa pesanan dibuat.
Sila pastikan alamat penghantaran dan nombor telefon yang diberikan adalah tepat dan boleh dihubungi.
Kami tidak membuat penghantaran ke Peti Surat (P.O. Box).
Kami tidak bertanggungjawab jika pelanggan memberikan alamat yang salah dan barang dipulangkan semula kepada kami.
Sekiranya penghantaran semula diperlukan, caj penghantaran tambahan akan dikenakan dan akan dimaklumkan kepada pelanggan sebelum penghantaran kedua dibuat.
2. Perubahan Alamat Penghantaran
Jika anda ingin menukar alamat penghantaran, sila hubungi kami di: admin@margosolar.com.my
Dalam tempoh 12 jam selepas pesanan dibuat.
Jika permintaan dibuat selepas 24 jam pengesahan pesanan, sebarang caj penghantaran tambahan adalah tanggungjawab pelanggan.
3. Tempoh Penghantaran
Penghantaran barang fizikal (jika berkaitan) biasanya mengambil masa antara 2–5 hari bekerja (Isnin hingga Jumaat).
Penghantaran dibuat pada waktu pejabat, 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
Nota: Untuk perkhidmatan seperti pemasangan solar PV, IoT atau elektrik, pihak kami akan menjadualkan tarikh pemasangan melalui WhatsApp/telefon/email.
4. Nombor Penjejakan (Tracking Number)
Setelah barang dihantar oleh rakan logistik kami, nombor penjejakan (tracking ID) akan diberikan melalui email/SMS/WhatsApp.
Bagi produk tidak ketara seperti servis, pemasangan, konsultasi, atau kerja-kerja teknikal, dokumen pengesahan seperti invois, resit atau work order akan dihantar melalui email/WhatsApp.
5. Perubahan Polisi
Kami berhak untuk mengubah polisi penghantaran ini dari semasa ke semasa tanpa notis awal. Versi terkini akan dipaparkan di laman web rasmi kami.
