Pendekatan Modular Untuk Premis Berskala Komersial

Pengenalan

Ramai pemilik premis berskala sedehana komersil (masjid, kedai, kilang kecil, resort) berminat dengan sistem solar, tetapi sering menangguhkan keputusan kerana kos awal yang kelihatan tinggi.

Ini selalunya berlaku kerana tanggapan bahawa sistem solar komersial perlu dipasang sekali gus dalam kapasiti penuh.

Hakikatnya, sistem solar komersial boleh direka secara modular dan berperingkat.


Salah Faham Biasa

Antara salah faham yang sering berlaku untuk pemasangan solar bagi premis bersaiz komersil:

  • Mesti besar dan mahal dari awal
  • Jika pasang kecil dahulu, sistem akan jadi tidak efisien
  • Sistem awal akan menjadi sia-sia bila ingin upgrade

Salah faham ini menyebabkan ramai owner menunggu terlalu lama, walaupun kos elektrik atau diesel terus meningkat setiap bulan.


Apa Maksud Pendekatan Modular?

Pendekatan modular bermaksud:

  • Sistem dipasang dalam fasa awal untuk menampung sebahagian penggunaan elektrik
  • Fokus kepada beban siang hari yang konsisten
  • Sistem direka supaya boleh:
  • ditambah inverter secara selari
  • ditambah panel solar kemudian
  • beroperasi bersama grid atau genset sedia ada

Pendekatan ini membolehkan owner mula dengan risiko yang lebih rendah, tanpa mengunci keputusan jangka panjang.


Contoh Ringkas: Penjimatan Berperingkat

Sebagai contoh mudah, ambil contoh premis komersil sederhana (masjid, kilang, kedai, resort) dengan kos elektrik sekitar RM5,000 sebulan.

Dengan sistem solar modular:

  • Fasa awal biasanya mensasarkan sebahagian beban siang hari
  • Penjimatan yang realistik dan konservatif lazimnya sekitar 30% hingga 50%

Contohnya:

  • Bil asal: ± RM5,000 / bulan
  • Anggaran penjimatan fasa awal: RM1,500 – RM2,500 / bulan

Baki penggunaan elektrik masih disokong oleh grid atau genset, memastikan operasi kekal stabil.


Kenapa Pendekatan Ini Lebih Praktikal

Pendekatan modular memberi beberapa kelebihan utama:

  • Risiko operasi lebih rendah — sistem sedia ada kekal sebagai backup
  • Komitmen kewangan lebih terkawal — pelaburan dibuat secara berfasa
  • Keputusan upgrade lebih yakin — berdasarkan data penggunaan sebenar

Yang penting bukan saiz sistem awal, tetapi rekabentuk yang mengambil kira pelan naik taraf dari awal.


Penutup

Pemasangan sistem solar bagi komersial sederhana tidak semestinya projek besar yang perlu dibuat sekali gus.

Bagi premis seperti ini, pendekatan modular memberi keseimbangan antara penjimatan, kestabilan operasi, dan kawalan risiko.


Setiap premis mempunyai corak penggunaan yang berbeza, dan rekabentuk sistem solar yang baik perlu mengambil kira keperluan semasa serta perancangan jangka panjang.

WhatsApp konsultasi percuma.

WhatsApp