Ramai pemilik rumah masih menyangka Solar ATAP “tak boleh eksport langsung”.
Hakikatnya, Solar ATAP masih membenarkan lebihan elektrik dieksport ke grid.
Namun, perbezaan utama berbanding skim NEM sebelum ini ialah nilai lebihan tersebut.
Di bawah skim NEM, lebihan elektrik solar yang dieksport akan di-offset secara 1:1 (cas tenaga, kapasti dan rangkaian dioffset bersama) dengan penggunaan elektrik daripada TNB.
Maksudnya, satu unit elektrik yang dihantar ke grid boleh digunakan semula sebagai satu unit pada masa lain.
Di bawah Solar ATAP pula, lebihan elektrik dinilai berdasarkan cas tenaga sahaja untuk premis kediaman, dan
System Marginal Price (SMP), untuk premis komersial dan industri.
Akibatnya:
Inilah sebab utama kenapa sesetengah pemilik rumah mendapati bil mereka tidak turun seperti yang dijangka, walaupun sistem solar berfungsi dengan baik.
Kesimpulan ringkas:
Solar ATAP masih membenarkan export, tetapi penjimatan sebenar kini datang daripada penggunaan terus (self-consumption).
