1. Pengenalan
Selamat datang ke laman web MARGO SOLAR. Terma dan syarat yang dinyatakan di bawah terpakai kepada semua pengunjung dan pengguna laman web https://margosolar.com.my. Dengan mengakses laman ini, anda dianggap bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat ini.
Kami menyediakan perkhidmatan berkaitan sistem solar fotovoltaik (PV), pemasangan elektrik, Internet of Things (IoT), service & maintenance serta penyelesaian tenaga boleh baharu.
2. Perubahan Terma
Kandungan terma dan syarat ini boleh diubah, dipinda atau dipadam pada bila-bila masa tanpa notis. Sebarang pelanggaran terhadap peraturan laman ini boleh menyebabkan tindakan segera diambil oleh pihak kami.
3. Hak Cipta & Kandungan Laman
Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua bahan di laman ini seperti imej, grafik, ilustrasi, ikon, foto, video, teks dan segala kandungan lain adalah hak milik atau berlesen kepada MARGO SOLAR.
Sebarang penggunaan, penyalinan, pengedaran atau reproduksi adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis.
4. Komen & Maklum Balas Pengguna
Semua komen dan maklum balas kepada MARGO SOLAR hendaklah dihantar melalui email rasmi: admin@margosolar.com.my
Pengguna bersetuju bahawa komen yang dihantar:
- tidak melanggar hak cipta pihak ketiga
- tidak mengandungi kandungan lucah, menghina, atau menyalahi undang-undang
- adalah tanggungjawab pengguna sepenuhnya
5. Maklumat Produk & Servis
Kami berusaha memastikan maklumat produk, peralatan solar, gambar dan spesifikasi adalah tepat. Walau bagaimanapun, paparan di monitor pengguna mungkin berbeza daripada produk sebenar.
Untuk quotation, harga dan spesifikasi akhir hanya sah selepas disahkan secara rasmi oleh pihak kami.
6. Tempahan, Pembelian & Pembayaran
Semua barangan atau perkhidmatan yang dibeli adalah tertakluk kepada pembayaran penuh atau deposit seperti dinyatakan dalam quotation/invoice.
Pembayaran boleh dibuat melalui:
- Visa / Mastercard
- FPX
- Online Banking
- Payment Gateway (SenangPay)
Kad kredit/debit tertakluk kepada proses pengesahan oleh pihak bank. Jika pembayaran gagal disahkan, pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan atau pembatalan pesanan.
7. Newsletter & Komunikasi
Dengan melayari laman web ini, pengguna bersetuju bahawa https://margosolar.com.my boleh menghantar newsletter, promosi, tawaran atau maklumat produk baharu melalui email.
Pengguna boleh memilih untuk unsubscribe pada bila-bila masa.
8. Indemnifikasi
Pengguna bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan memastikan MARGO SOLAR bebas daripada sebarang tuntutan, kerosakan atau kerugian yang timbul daripada penggunaan laman ini.
9. Pautan ke Laman Pihak Ketiga
Sebarang pautan ke laman luar adalah atas risiko pengguna sendiri. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, kerosakan atau kerugian yang berlaku akibat penggunaan laman pihak ketiga tersebut.
10. Ketidaktepatan Maklumat
Dari semasa ke semasa, mungkin terdapat kesilapan seperti:
- typo
- maklumat harga
- ketersediaan stok
- spesifikasi teknikal
Kami berhak membetulkan kesilapan tersebut tanpa notis. Jika pelanggan tidak berpuas hati dengan produk/servis yang diterima, sila kembali kepada kami bersama invois untuk semakan.
11. Waranti Perkhidmatan & Produk
Waranti tertakluk kepada polisi pengeluar termasuk panel solar, inverter, bateri dan komponen lain.
Margo Solar menyediakan:
- Waranti pemasangan: 12 bulan
- Waranti produk ikut pengeluar (contoh: 10–12 tahun inverter, 12–25 tahun panel)
Waranti tidak meliputi kerosakan akibat salah guna, perubahan struktur, banjir, kilat atau kerja pihak ketiga.
12. Had Tanggungjawab
Margo Solar tidak bertanggungjawab terhadap:
- kerugian tidak langsung
- kehilangan keuntungan
- kerosakan akibat penggunaan sistem di luar spesifikasi
13. Penamatan
Terma ini berkuat kuasa sehingga ditamatkan oleh pengguna atau pihak kami. Kami berhak menamatkan akses pengguna tanpa notis jika terma tidak dipatuhi.
14. Pembatalan & Refund (Ringkas — versi lengkap ada di halaman Refund Policy)
- Pembatalan sebelum kerja dimulakan: refund tertakluk kepada kos yang telah dikeluarkan.
- Deposit tidak dipulangkan jika peralatan telah dipesan atau kerja site survey telah dibuat.
- Refund diproses dalam 7–14 hari bekerja.
15. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Terma & Syarat:
Email: admin@margosolar.com.my
Telefon: +6011-2192 3040
Website: https://margosolar.com.my
